Monday 19 August 2013

Belilah Barangan Tempatan

Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan.

Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.

Kita semua sedar bahawa terdapat produk di negara ini yang masih belum mencapai tahap teknologi yang lebih tinggi berbanding produk luar negara seperti Jepun dan Korea.

Kita belum sampai lagi (tahap itu) kerana ada alat canggih kita kurang sempurna. Tetapi apa yang boleh kita boleh buat dan yang penting bagi kita ialah institusi kerajaan dan swasta memberi ruang dan peluang untuk anak tempatan memperkenalkan teknologi mereka.

Kalau kita tidak sedia membeli atau mencuba pakai, maka penyelidikan dan pembangunan (R&D) anak tempatan tidak dapat berkembang dan mereka akan rasa kecewa serta tidak ada keyakinan untuk memperbaiki kelemahan produk mereka.

Pengguna perlulah berani untuk memaklumkan kelemahan produk syarikat tersebut jika terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan produk tersebut.Dengan cara ini,mereka dapat memperbaiki produk tersebut dan bertambah baik dan diperelokkan supaya nanti alat itu bertambah canggih dan lebih tinggi kapasitinya.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.

Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.

Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran .

Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk makanan dan minuman telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.

Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.

Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini.

Rakyat perlu mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan.


#Belilah Barangan Tempatan dan kurangkan beli barangan luar negara..

Monday 4 February 2013

Pembungkusan Baru 2013






Ikhwan Food Industries akan senantiasa meningkatkan mutu pengeluaran produk .Diyakini bersih, suci dan halal. Mencari yang halal itu fardu.

Sunday 3 February 2013

Peta lokasi

Peta laman


Ikhwan Food Industries merupakan sebuah kilang milik bumiputera ISLAM yang menghasilkan barangan sejuk beku  dan terletak di Bukit Minyak, Bukit Mertajam negeri Pulau Pinang, Malaysia. 

Skop pengedaran produk Ikhwan Food Industries merangkumi sebahagian besar daripada negeri-negeri di utara, timur dan tengah semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang,Perak utara, Kelantan, Terengganu,  pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan sedang meluaskan pasaran  kepada negeri-negeri selatan semenanjung.