INFO

Pengenalan


Dari permulaan yang serba kekurangan 8 tahun lalu IKHWAN FOOD INDUSTRIES(IFI) telah memulakan perniagaan dan telah melalui pelbagai cabaran untuk merealisasikan harapan untuk menjadi salah sebuah syarikat pengeluar makanan halal di Malaysia.  Bermula daripada hanya sebagai pengeluar bebola dan kek ikan, yang selama ini hanya di monopoli oleh kaum Tionghua sebagai pengeluar dan pengguna terbesar, IFI hari ini telah  dapat meletakkan dirinya sebagai sebuah syarikat pengeluar yang dapat bersaing di pasaran tempatan. 
Kami memproses dan mengeluar barangan sejuk beku seperti bebola ikan , sotong , ketam , sayur, udang, ayam, daging,  kek ikan dan kuey teow serta mengedar barangan keluaran muslim.


Matlamat





Keseluruhan kakitangan termasuk Ahli Lembaga Pengarah terlibat secara langsung didalam kendalian dan pengurusan seharian dan pekerja-pekerja yang terlibat dalam penghasilan produk adalah beragama Islam.
Kekuatan utama dan kemampuan pergerakan syarikat ini adalah berdasarkan kepada kesedaran menunaikan tanggungjawab sebagai individu Muslim dalam menyediakan produk makanan yang benar-benar HALAL lagi SUCI (HALALAN THOIYIBAN) untuk umat Islam di Malaysia ini khasnya dan seluruh umat Islam didunia khasnya.



No comments:

Post a Comment