SOALAN LAZIM (FAQ)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Diharapkan semuanya dalam keadaan yang sihat dan selamat hendaknya. Di sini kami ingin memberi jawapan kepada beberapa soalan-soalan lazim yang kerap ditanyakan oleh para pelanggan dan pelawat blog Ikhwan Food Industries ini.


1.Dimanakah produk ini boleh didapati?

Terus ke kilang kami, Ikhwan Food Industries di Bukit Minyak, Pulau Pinang, Mydin Bukit Jambul Pulau Pinang, kedai-kedai dan pasar mini halal seperti Pasaraya ISTAFA di Alor Setar, rangkaian PasarMini  Az-Zain di Shah Alam dan sekitar Kuala Lumpur, Pasaraya Halal Metamorf di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan lain-lain.  hampir  di seluruh Malaysia. InsyaAllah kami akan cuba paparkan sebanyak mungkin senarai kedai/pengedar yang ada menjual produk ini di laman ini dan laman facebook kami.

2.Mengapa kita perlu beli produk ini?

Makanan syubhah adalah tidak baik untuk orang-orang Islam. Oleh itu, syarikat kami telah berusaha menjadi pengeluar dan pembekal makanan utama bagi produk-produk seperti bebola dan kek ikan serta kuey teow dan beberapa produk yang lain yang selama ini dipelopori oleh orang-orang bukan Islam supaya pengguna Islam mempunyai pilihan untuk mendapatkan produk tersebut   di pasaran tempatan dan antarabangsa. Produk kami adalah produk yang dijamin bersih dan suci kerana ia merupakan dari sumber yang bersih dan suci dari segi syarak serta dibuat oleh orang-orang Islam.Syarikat kami juga menjadi duta dalam menyedarkan masyarakat Islam atas tuntutan Syara’ berkaitan pengambilan makanan yang halal dan suci disamping mengeluarkan produk yang berdaya saing dari segi kualiti dan harga.                                     



No comments:

Post a Comment